Tangisan ku terhenti,. pilu berlalu
Tika diri mu hadir dalam hidup ku
Kau rawat luka lama ku
Dengan seluruh kasih sayang mu
Gelora telah tiada badai makin berlalu
Kau hapus dan usir semuanya
Segala keperitan sering mengusutkan minda
Mencakar raga beronak derita
Agar segera ianya berlalu dari lubuk sengsara
Yang sering menemani ku ke jendela fana
Aku ada kerna kau pun ada
Rasa cinta memayungi jiwa
Aku bahagia saat kau ada dalam segala rasa
Merawat jiwa walau perih terluka
Kini sengsara ku berlalu pergi
Kau usir dengan rela hati
Aku bahagia kerna kau sentiasa ada
Segala derita sengsara terhenti
Dek panahan asmara cinta mu
Ketika deruan kesayuan menyapa
Kau hadir dengan segera
Mengusir menghapus segala duka
Dengan sebuah rasa cinta yang ada
Aku ada kerna kau pun ada
Kebahagiaan di alam nyata
KIni aku berteduh di bawah naungan cinta suci mu
Bersama bersatu menjalin satu cinta.
M.H.A
wow!! hebat. teruskan
BalasPadam