Sabtu, 20 Julai 2013

HAKIKAT SEBUAH CINTA

Seringkali ku meniti laluan perasaan yang kesepian,.
Sesepinya malam di lalui dengan kegelisahan jelang pagi.
Adakalanya aku seolah tersesat di lorong yang sering ku lalui.

Sering kali ku harapkan kehadirannya tapi seolah tiada.

Di hati kecil sering bertanya,.Dimanakah letaknya cinta?

Haruskah aku menuruni jurang cinta ini
Mestikah aku lalui lembah cinta yang berduri
Mampukah aku bertahan andainya jelang kegagalan
Atau hidup merana terperdaya pesona cinta

Tunjukanlah aku jalan andainya tersasar kehendak mu
Berikanlah aku panduan untuk setia mendampingi mu
Agar kekal cinta kita selamanya sepanjang usia
Menerjah alam yang serba mencabar dengan segala dugaannya

Sekilas lamunan ku terhenti
Hati sayu yang tersentuh seolah mengerti
Memadai dengan ungkapan demi ungkapan di beri
Menyatakan yang diri ini di sayangi dan di cintai
Semakin aman dan tenang jiwa dan naluri

Aku hanya mampu merancang
Hanya-Dia Penentu segalanya
Ku bermohon sepenuh harapan
Semoga menjelma cinta yang tulus dan sempurna
Yang bakal menjadikan hidup ku lebih bermakna

Seadanya aku untuk mu,

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan