Sabtu, 28 Jun 2014


Di Manakah Aku

Di Manakah Aku

Di sini pasrah ku berdiri
Mencari dimanakah diri
Terletak atau hanya terdampar

Makin ku cari jawapannya
Makin sukar untuk ku mengertikan

Senyuman perit ku lemparkan ketepi
Jauh kedasar harapan yang ku pendamkan
Mungkin tiada nilai berharga untuk terus di hargai
Bagaikan tiada maknanya keikhlasan ini
Sering ku baluti luka terhiris dalam sepi

Namun sentiasa bersabar dengan kesudahan
Kerana dalam pasrah ada redha harus kusisipkan
Meredah berbagai halangan demi kasih sayang dan kesetiaan
Walau harus terkorban dalam mempertahankannya
Itulah hakikat yang harus di hadapi

Sering ku cari apa yang ku pendam
Walau duka sengsara harapan takkan pudar
Bersama hasrat tersurat yang ku angankan
Akan terus berusaha untuk menggapainya
Demi kesetiaan rela ku meratap menagih belas

Kesukaran diri ku memenuhi hasrat mu
Mungkin alasan untuk tak perlu menghargai ku
Jika di bandingkan dengan mereka
Yang kau pandang mulia dari segalanya
Siapalah aku jika nak di bandingkan

Pernahkah di hati mu mengagungi cinta ku
Relakah diri mu menurut pinta ku
Perlukah ada sempadan yang memisahkan
Kenapa perlu ada alasan untuk setia
Ku redah halangan kerana amat menyayangi mu

Bersama sepotong kata ku sisipkan
Masihkah ada ruang di hati mu
Untuk terlintas menghargai ku
Kenapa harus mereka kau harapkan
Andai aku yang kau perlukan

Masih diri ku mencari maknanya
Biarpun bersendirian mencari pastian dan haluan
Ku pendamkan segala duka di hati
Sering ku sembunyikan rasa hiba
Kerana inging kau meanggap aku bahagia

Mungkin ini adalah satu cara yang kau tak suka
Mengadu domba merangkai kata
Hanya bersama kias dalam karya
Inilah satu satunya teman bicara meluah rasa
Kerana tiada arah lagi nak ku adukan segalanya

Tiada sesalan dalam pengorbanan
Kerana ikhkas menyintai mu
Aku berdiri lagi di sepi ini
Bersama secebis harapan
Untuk bahagia bersama selamanya.

M.H.A

Ahad, 1 Jun 2014



Cukuplah Sampai Di Sini
----------------------------------

Jelasnya aku dikau perlukanSeringkali ku buka ruang memberi peluangKu cuba untuk mempertahankan ikatanAda batasnya aku merelakanAda batasnya perlakuan yang dilakukan

Namun mungkin tak pernah kau sedariAtau sengaja berpura tak mengetahuikau anggap aku merelakan diri diperlakukanKau anggap aku tak sedari apa yang kau lakukanItulah kekejaman bagi jiwa yang amat menyayangi

Tak mungkin aku mampu bertahanSedangkan dirimu tak lakukan perubahanSelagi aku akan bertahan dengan kekejamanSelagi itulah hatiku remuk redam di perlakukanTak pernah bertempat untuk dihargai

Mungkin sudah tiba masanyaUntuk aku memberanikan diri membuat keputusanYang ikhlas dan jujur dengan diri sendiriYang mana ketika ini aku tak mampuUntuk terus tersakiti dan terus disakiti

Tidak pernah bernilai segala pengorbananTakkan pernah terlintas untuk menghargaiLantaran keangkuhan perasaanTak mungkin dapat aku turutkanBiarlah hati remuk berdendamKerana aku dah letih untuk bertahan

Ku relakan dikau pergi Andai itu pinta muKu relakan jiwa ku sepi Asal tak tersakiti lagiNoktahnya sampai disini reality bukan fantasiTamatlah sandiwara dalam hikayat cintaTerhentilah niat untuk bahagia bersama

Semalam yang hangat kini kedinginanBersama sepi berteman kerinduanNiat dihati belum kesampaianMungkin inilah ujian kehidupanSebuah ketentuan yang maha kaya

Masa pasti menemukan aku dengan kebhagiaanSabar menanti penuh pengharapan

Himpunan Karya  M.H.A