Jumaat, 26 Julai 2013

LUKA DI LUKAI

Merenung jauh kedalam pelusuk sekeping hati yang sepi
Sebuah daerah yang gersang tak berpenghuni
Apa yang tinggal hanyalah kesan dan sisa sejarah
Menerjah masa lampau yang kelam dan di selubungi kabut

Disitulah seorang pujangga sepi bertatih berdiri
Mencari sebuah rasa merenung sejarah lampau
Ketika terhiris dek senjata berbisa pembawa sang insan
Yang mana telah pun melukai dan di deritai pemberiannya

Sepanjang hayat sepanjang zaman 
Darahnya mengalir tanpa henti
Apakah itu penderitaan ? Atau penyiksaan,
Pada sebuah jiwa yang berharap kesempurnaan ?

Termenung sendirian sayu menyelubungi
Terkenang diri yang sering di khianati
Oleh sang perasaan yang lain yang mana tak pernah mengerti
Bertapa perit kesan tersakiti dengan kekecewaan

Menerjah arah mengejar bayang
Kenapa perlu di kejar ? Sedangkan ianya sentiasa ada di benak
Bersarang di fikiran yang kontang ketandusan kasih
Apakah yang di mahukan lagi setelah kekecewaan di alami

Bayang yang sentiasa terlihat
Suara yang sentiasa terngiang menyapa
Suasana kemesraan yang pupus sering dirasai
Lantaran nikmat sebuah rasa cinta yang telah tiada

Dahulunya keriangan sebuah kota cinta
Kekuatan kubunya yang tampak dan kukuh
Kini telah tiada, telah musnah di landa bencana
Apa yang tinggal hanyalah kesan peninggalan yang musnah

Dimanakah janji mu duhai alam 
Yang telah menjanjikan sebuah kerajaan kebahagiaan
Yang telah menjanjikan sebuah daerah yang aman dengan kasih sayang
Yang telah menjanjikan seluruh rasa kecintaan
Ya,.Janji hanya tinggal janji setelah kerajaan hati
Menjajah ke sebuah kota megah yang lain

Maka tinggalah sang perasaan ketandusan kasih dan sayang
Hilanglah suara manja menjanjikan kemanisan hubungan
Parahnya terluka lagi, kerajaan hati yang ditinggalkan
siapakah yang harus di persalahkan setelah segalanya musnah

Tiada jawapan untuk kepastian
Hilang tanpa khabar meyusur alam di sebalik rasa
Siapakah yang mengerti dan ingin di mengertikan
Dalam pelbagai persoalan dalam sebuah kehidupan

Maka pujangga seni harus berdiri lagi membongkar rahsia hati
Membentang sebuah kesah,sebuah hasrat terpendam sebagai nukilan
Sentuhan pena sebagai tatapan insan-insan seni lain
Yang mana ingin mentafsir dan mengerti hakikat sekeping hati yang terluka

Berdiri di kota ini ;

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan