Isnin, 22 Julai 2013

BISIKAN RESAH

Bila cinta berbunga resah 
Kerinduan menyelubungi diri 
Di alam fana bahagia menanti
Tepatri janji landasan kasih

Andainya bahagiaku deritamu 
Apalah makna cinta setia
Andai pula kau dan aku bersatu
Apakah pula kesudahannya

Dalam resah mencari mimpi
Menjejak rindu di laman kasih
Hakikat hidup tak selalunya indah
Menggapai harapan tak sudah sudah

Disini aku sentiasa ada
Berteman sepi di ambang duka
Mengejar bayang kisah semalam
Tragedi ngeri kian memilukan,.

Kasih di semai tak kesampaian
Ikatan cinta terlerai di genggaman
Berhajat bulan jatuh keriba
Hakikatnya hanya bertaburan nun di angkasa

Langit tidak selalunya cerah
Insan tidak selalunya bahagia
Begitulah pepatah mengulit resah
Hati gundah mencari cinta

Menjejak seribu impian
Dalam mencari cinta sebenar,

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan