Ahad, 21 Julai 2013

DUHAI HATI


Bila hati berkata dalam nada dan iramanya,.
Mungkin hanya segelintir atau keseluruhan insan,.
Yang mampu untuk mentafsir bahasanya,.
Beralun dalam gema yang terpendam,.
Terpamer dek riak dan raut wajah membahasakannya,.
Samaada melalui gelak tawa diam dan tangisan,.

Duhai hati,....

Maaf kan aku telah mengabaikanmu,... 

Aku hanya hendak menghapuskan jernihan cecair 
yang kekadang mengalir dari kelopak sepi menuruni lurah pipi,..

Genangan yang menyatukan kita disepi yang sama,..
Rasa sebak, suka dan duka kelak bakal mendewasakan kita,..
Saat tak ku nikmati bau yang harum dari kemesraan sebuah hubungan,.. 
Tenang dan aman ku sematkan resahku bersamamu,..
Aku melarikannya ke sepucuk kertas sebagai tinta,..
Kemudian wujudkannya melalui kata,..
Sebagai nukilan jiwa berteras madah pujangga,..
Tanpa ku sedari,.. masih tersisa wabak cinta disetiap baitnya,..

Duhai hati,....
Aku menceritakan kegagalan,penderitaan,..
Dan apa jua rasa yang ada bersamamu,.. 
Tanpa kusedari ianya adalah beban padamu,...
Senandung jiwa yang gagal menggapai impian semalam,..
Sebuah rasa yang tak mampu kumiliki,...
Entah sampai bila akan ku puas menterjemahkan,.. 
Cinta dan benci dalam bait yang indah seindah madah,..
Pedamkan tangisku dalam genggaman mu,... 
Singkapkan sedalam-dalamnya ke dasarmu,..
Agar tiada rasa yang tertinggal setelah terungkapnya sebuah madah,..
Setelah wujudnya titik noktah diatas kata ini...

Duhai hati,....
Dia hadir seperti kilat menggelegak berkecambuk,...
Tak dapat ku kendalikan degan sang akal yang kian ligat berputar,...
Bergemuruh bagai ombak, mengalir, dalam darahku,.. 
Seakan menggegar seluruh jasad ku,...
Yang juga kekadang sering mengundang rasa sebak,...
Yang sering mencabarmu,....
Itulah dia yang dinamakan sang perasaan.

Duhai hati,....
Apa itu cinta,.?
Cinta yg mereka katakan indah,.?
Cinta yg mereka katakan berwarna??
Atau cinta yg mereka katakan surga atau neraka,.????
Aku berusaha memahaminya,...
Aku berusaha untuk mengerti setiap apa yang kau rasa...!!
Tapi malangnya,...
Aku masih gagal mengawalnya dari terasa,..
Aku masih gagal membina tembok untuk kau katakan tidak untuk terus terasa,..
Aku masih tak mengerti dengan ini semua,...
Cinta oh cinta...

Duhai hati,...
Aku takut untuk mengakuinya,..
Aku takut kau akan terluka,..
Kerana aku takut ini hanya dusta...!!
Aku berusaha meyakinkankan diri bahawa rasa ini hanya ilusi,..
Rasa yang hanya sering di mainkan oleh sang deria,..
Yang kadangnya sengaja menjerumus diri untuk menerima segala kata,. 
Melalui penglihatan dan pendengaran seadanya,...
Tetapi semakin ku pendam,. semakin bergejolak gelora di dasar mu,..
Seperti lahar yg semakin membara,...!!
Perlukah aku untuk menafikannya,..?
Perlukah aku katakan tidak untuk cinta,..??

Duhai hati,....
Dimanakah diri,.? 
Haruskah kita terus bersembunyi,.??
Pelbagai soalan yang terungkap tak terluah,..
Pelbagai jawapan yag tak terungkai dalam kata,..
kerana takut di sebaik kata akan mengundang binasa jiwa,.. 
Sang hati lain pendengar yang setia,. menunggu terucapnya kata manja,..
Haruskah kita hanya pasrah dan redha atas khada dan khadar nya,.
Atau,.? hanya berdiam diri,.? 
Menanti takdir yang menentukan segalanya.

Bersabarlah duhai hati,...
Pasti suatu masa akan terserlah dan terbukti segala kehendaknya.

Cetusan rasa,.Sekeping hati,

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan