Sabtu, 27 September 2014


Kaulah Segalanya

Pertemuan bukannya dirancang
Tapi ianya allah yang aturkan
Sedikit pun tidak aku menyangka

Kasih sayang menyelaputi jiwa
kau memberi kasih sayang pada ku
Kau memberi perasaan rindu pada ku
Kala ku jatuh kau yang menyambut ku
Dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang mu


Bagai mana tak terasa pilu terharu
Bertapa penyayangnya diri mu terhadap ku
Setiasa perihatin dan bersimpati pada ku
Seluruh jiwa raga mu menyayangi ku

Kala jauh ku merindu
Siang malam ku terasa sayu
Merana diri sentiasa menunggu
Setiap masa ku terkenang

Terimakasih kepada mu kasih 
Memberi seluruh kasih sayang pada ku
Bersama kita hingga ke akhir hayat
Hening kala ini bersama sepotong syair yang sepi

M.H.A

Khamis, 24 Julai 2014

Assalamualaikum

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,.
Selamat Membaca Di Ucapkan Di Dahului dengan ucapan terimakasih atas kesudian Membaca 

Ya Allah,.
Jadikanlah Permulaan Hari Ini Dengan Penuh Kebaikan,.
Pertengahannya Membawa Kejayaan,.
Bahagian Akhirnya Menjadi Suatu Keberuntungan.

Ya Allah,.
Jadikan Awalnya Rahmat,.
Pertenghannya Nikmat,.
Penghujungnya Penuh Berkat.

Amin,.Amin,.Amin,.Ya,.Rabbal,.A'llamin,.

Disini Izinkan Fizz Berbagi Sedikit rasa,.

# Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengingati malah sering mengingatkan di antara sesama sahabatnya...# 

Demikian kata-kata bijak yang sering kita dengar.... Sebaliknya, sahabat yang baik akan sentiasa terbuka dan berlapang dada untuk menerima nasihat dari sahabatnya..... Dengan yang demikian akan terjalinlah hubungan baik yang harmoni...

Memang tidak semudahnya untuk memberikan nasihat yang baik,. yang mana dapat diterima dengan baik.... Begitu juga,.. Tidak semudahnya menerima sebuah nasihat yang pahit. Walau kita menyedari ada kebaikan disebaliknya....

Apakah erti semuanya ini ?,. Yang jelasnya ini adalah kepastian,.. Tanda kasih sayang dan cinta antara sesama sahabat,..Lantaran sesama insan....

Jadikanlah nasihat yang diberikan oleh sahabat baik. Sebagai nasihat untuk mengingatkan..... Sebagai bahan renungan atau refleksi diri,..Ibarat kuncikata pembuka minda.... 

Rasanya tiada salahnya andai Fizz kongsikan disini,.

Semua orang ada ceritanya dan cara hidupnya tersendiri,.
Semua orang ada matlamatnya yang tersendiri,.
Semua orang perlukan kebebasannya yang tersendiri,.

Ketahuilah bahawa,..
Hidup adalah perjuangan, dengan adanya perjuangan baru dapat hasil berlebihan. Dengan adanya yang berlebihan barulah kita dapat berbuat lebih banyak kelebihan dan kebaikkan,..Dan dintara yang banyak barulah dapat di kongsikan bersama..Baik ilmu mahupun hartabenda.

Kenapa aku,.kau,.dan mereka semua ada di sini...? Itu tandanya kita semua mendapat kesempatan untuk mengabdi diri sebagai sahabat.... 

Mari kita mulai membenah dan menilai diri.....
Mengikat hubungan baik di sana-sini.... Berbuat jasa pahala dengan hati nurani yang ikhlas.... Menanam budi dengan kearifan yang tinggi.... Berbuat adil dan damai di mana saja kita berada...

Kerana orang yang baik selalunya melihat kesalahan dirinya sendiri untuk diperbaiki bukannya melihat kesalahan orang lain untuk dicaci dan di pertikaikan.. Oleh itu,. Janganlah kita selalu menginginkan semua pekara berlaku sepertimana yang kita kehendaki....Malah sabar itu pasti..Untuk sebuah hubungan yang baik.

Hadapilah segala yang terjadi dengan ketetapan redhanya hati, semoga perasaan kita akan sentiasa tenang dan tenteram...Insyaallah,..

Apabila kita melihat orang yang berjiwa besar,.. Pertimbangkanlah untuk menjadi seperti dia.... Sebaliknya,..Seandainya kita tergolong dari orang yang bejiwa kecil,...Maka lihat dan cerminlah diri kita sendiri...Demi sebuah kesempurnaan yang di hajati..Tanpa hasat dengki,..

Jika kita tergolong di antara yang terbaik dan teratas di antara kesemuanya,.
Maka dalam masa yang sama juga kita kena sedar dan sentiasa ingat,.
Bahawa kita masih berjejak di bumi yang sama,.Dibawah satu langit yang sama,.
Harus di sedari bahawa roda hidup masih lagi berputar dan sentiasa akan berputar.

Hari ini hari kita,.Esok hari kita,.lusa pun hari kita,.
Adakah kita tahu bahawa esok dan hari-hari yang seterusnya adalah hari yang baik untuk kita atau sebaliknya??,.Fikir-fikirkanlah,.

Mencari bahagia itu hanyalah akan menghabiskan masa dan usia sahaja,.. Kerana,.. kebahagiaan itu sebenarnya sudah berada di sekeliling kita yang selama ini mungkin tanpa kita ketahui dan sedari... Sedarlah... Nikmati hidup ini dengan cara yang di redhoi Allah SWT dan tingkatkanlah kualiti diri dari masa kesemasa..!! Sentiasalah mencuba untuk melakukan kebaikkan dengan lebih baik !! Lakukanlah seadanya !!

Dengan harapan semoga antara sesama kita semua,..Saling,.. Tegur menegur,..Bimbing membimbing,..Dokong mendokong,..demi mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan bersama,..

Dengan ini Fizz Berharap agar sentiasa di beri kemaafan andainya terdapat kesilapan dalam penulisan tertulis,.juga,.antara kata-kata yang terucap,..Adalah terlalu jauh dari niat untuk menyakiti hati dan sebaliknya,.Kerana itulah kejujuran yang seadanya,..

Sekadar perkongsian untuk renungan bersama.
Salam Sejahtera ,

Dari ;
Mohammad Hafiz  @ M.H.A

Anda Juga Boleh Membaca Sambil Dengarkan Radio Pakcikku FM Dalam Blogspot Ini,
http://karya-mha.blogspot.com/

Rabu, 23 Julai 2014

Apakah ALASAN,.Atau Adakah ALASAN
Apakah ALASAN,.Atau Adakah ALASAN ,..

Biasa kita dengar bila di persoalkan,.
# Saya tak cantik atau hensome
# Saya bukan orang kaya pun
# Tak ada apa yang nak di banggakan lah

Dan ada lagi alasan tang tak bertuhan dan tak ada kepercayaan agama
# Saya takut guna gambar sebenar takut orang bomohkan nanti,.
# Saya tak takut guna nama sebenar takut orang seru guna bomoh

Hehehe,. Macam tu pun boleh kan,..Ke ringkasnya cuba jawab,.
# Saya perasan cantik dan nak berlagak cantik tapi ramai orang kata tak cantik takut ego dan hipo menurun lah,.
# Saya orang orang biasa biasa aje tapi perasan tinggi kedudukn dan martabat
Sebab saya suka di kenali dengan keturunan orang ada ada dan berpangkat..
Tapi sebaliknya saya memang orang orang yang biasa biasa aje..

Suka Berselindung,.
Tak bersyukurkah dengan rupa paras yang allah anugerahkan adalah sebaik baiknyanya ciptaan
Pemberian Nama yang telah ibu bapa beri pada anda tak boleh di terima tapi sebaliknya,.
Langsung menunjukkan yang anda langsung tak hargai ibu bapa,. Tak ada alasan yang perlu anda perkatakan kannn selain hanya berterusan menipu Dan memutar fakta sebagai alasan dan mungkin juga anda akan persoalkan balik setiap soalan dan pertanyaan ini,.

Ini adalah kenyataan dan fakta sebahagian darinya yang berFB dan Bloger..

Pelik tapi benar,.
Ustaz Dan ustazah MAGIE pun ada jugak yang begini,.
Pakar motivasi dan pakar politik MAGIE pun sama,.
Kenapa dan mengapa,..?? Adakah alasan untuk itu,.
Atau anda dari golongan yang hipokrit dan angkuh,..
Yang suka membongak atau menipu,..
Ringkasnya - Anda dah tunjukkan secara langsung yang diri anda Tak jujur dan ikhlas dalam banyak pekara,.

Ye ke,. boleh terima ke tak itu terserah anda,.
Sebahagian orang yang kena belajar terima hakikat,.
Nak berubah atau nak teruskan ?? Itu hak individu,.
Nak jadikan diri sendiri jadi apa dan siapa yang anda suka,.

Hanya Penilaian dan Pemerhatian Sendiri..

M.H.A

Sabtu, 28 Jun 2014


Di Manakah Aku

Di Manakah Aku

Di sini pasrah ku berdiri
Mencari dimanakah diri
Terletak atau hanya terdampar

Makin ku cari jawapannya
Makin sukar untuk ku mengertikan

Senyuman perit ku lemparkan ketepi
Jauh kedasar harapan yang ku pendamkan
Mungkin tiada nilai berharga untuk terus di hargai
Bagaikan tiada maknanya keikhlasan ini
Sering ku baluti luka terhiris dalam sepi

Namun sentiasa bersabar dengan kesudahan
Kerana dalam pasrah ada redha harus kusisipkan
Meredah berbagai halangan demi kasih sayang dan kesetiaan
Walau harus terkorban dalam mempertahankannya
Itulah hakikat yang harus di hadapi

Sering ku cari apa yang ku pendam
Walau duka sengsara harapan takkan pudar
Bersama hasrat tersurat yang ku angankan
Akan terus berusaha untuk menggapainya
Demi kesetiaan rela ku meratap menagih belas

Kesukaran diri ku memenuhi hasrat mu
Mungkin alasan untuk tak perlu menghargai ku
Jika di bandingkan dengan mereka
Yang kau pandang mulia dari segalanya
Siapalah aku jika nak di bandingkan

Pernahkah di hati mu mengagungi cinta ku
Relakah diri mu menurut pinta ku
Perlukah ada sempadan yang memisahkan
Kenapa perlu ada alasan untuk setia
Ku redah halangan kerana amat menyayangi mu

Bersama sepotong kata ku sisipkan
Masihkah ada ruang di hati mu
Untuk terlintas menghargai ku
Kenapa harus mereka kau harapkan
Andai aku yang kau perlukan

Masih diri ku mencari maknanya
Biarpun bersendirian mencari pastian dan haluan
Ku pendamkan segala duka di hati
Sering ku sembunyikan rasa hiba
Kerana inging kau meanggap aku bahagia

Mungkin ini adalah satu cara yang kau tak suka
Mengadu domba merangkai kata
Hanya bersama kias dalam karya
Inilah satu satunya teman bicara meluah rasa
Kerana tiada arah lagi nak ku adukan segalanya

Tiada sesalan dalam pengorbanan
Kerana ikhkas menyintai mu
Aku berdiri lagi di sepi ini
Bersama secebis harapan
Untuk bahagia bersama selamanya.

M.H.A

Ahad, 1 Jun 2014



Cukuplah Sampai Di Sini
----------------------------------

Jelasnya aku dikau perlukanSeringkali ku buka ruang memberi peluangKu cuba untuk mempertahankan ikatanAda batasnya aku merelakanAda batasnya perlakuan yang dilakukan

Namun mungkin tak pernah kau sedariAtau sengaja berpura tak mengetahuikau anggap aku merelakan diri diperlakukanKau anggap aku tak sedari apa yang kau lakukanItulah kekejaman bagi jiwa yang amat menyayangi

Tak mungkin aku mampu bertahanSedangkan dirimu tak lakukan perubahanSelagi aku akan bertahan dengan kekejamanSelagi itulah hatiku remuk redam di perlakukanTak pernah bertempat untuk dihargai

Mungkin sudah tiba masanyaUntuk aku memberanikan diri membuat keputusanYang ikhlas dan jujur dengan diri sendiriYang mana ketika ini aku tak mampuUntuk terus tersakiti dan terus disakiti

Tidak pernah bernilai segala pengorbananTakkan pernah terlintas untuk menghargaiLantaran keangkuhan perasaanTak mungkin dapat aku turutkanBiarlah hati remuk berdendamKerana aku dah letih untuk bertahan

Ku relakan dikau pergi Andai itu pinta muKu relakan jiwa ku sepi Asal tak tersakiti lagiNoktahnya sampai disini reality bukan fantasiTamatlah sandiwara dalam hikayat cintaTerhentilah niat untuk bahagia bersama

Semalam yang hangat kini kedinginanBersama sepi berteman kerinduanNiat dihati belum kesampaianMungkin inilah ujian kehidupanSebuah ketentuan yang maha kaya

Masa pasti menemukan aku dengan kebhagiaanSabar menanti penuh pengharapan

Himpunan Karya  M.H.A

Isnin, 24 Mac 2014

Redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah

 Bismillahirahmaanirrahim

Entri kali ni bertajuk

Redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah.

Pasti ada pembaca yang pernah dengar kata-kata ini ,. Ya, mungkin juga kedengaran atau terdengar dari kalangan kita atau dari teman teman kita.

Pepatah ini sebenarnya membuatkan akal kita berfikir. Betul juga dengan apa yang dikatakan. Sesungguhnya terdapat maksud yang tersirat di sebalik kata-kata ini. Apakah yang ingin disampaikan melalui enam patah perkataan ini ? Cuba kita semua berfikir sejenak .

Segenggam Tabah - InTeam
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


Lirik lagu di atas pula ialah lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid In-Team yang bertajuk Segenggam Tabah. Cuba hayati nasyid tersebut. Betapa sayunya hati ini apabila mendengar nasyid ini.

Nasyid ini banyak mempersoalkan tentang ketabahan dalam menongkah arus badai mehnah dan tribulasi dalam kehidupan. Persoalannya, apa kaitan Segenggam Tabah dengan tajuk entri kali ini. InsyaAllah, sangat ada kaitannya.

Apakah yang dimaksudkan dengan redha ? Redha ialah menerima dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada  kita baik berupa hukum dan peraturan qadha' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya. Sebenarnya, sifat redha ini adalah daripada sifat makrifah serta mahabbah kita kepada Allah Taala untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.

Tahukah kita ? Redha Allah kepada hambaNya adalah berupa tambahan kenikmatan, pahala malah ditinggikan lagi darjat kemuliaan kita. Sedangkan redha seorang hamba kepada Allah bererti kita menerima dengan sepenuh hati setiap ketetapan dari Allah yakni dengan melaksanakan segala perintahNya serta menjauhi semua laranganNya.

Ketetapan ini mestilah diterima dengan cara bersyukur ketika mendapat kenikmatan dan bersabar ketika ditimpa musibah. Pada masa yang sama, kita perlulah berusaha untuk mengubah segala ketetapan yang kita rasa tidak baik untuk diri kita. FirmanNya :

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."

Apa pula yang dimaksudkan dengan pasrah ? Pasrah sebenarnya mempunyai sama maksud dengan redha cuma bezanya pasrah ialah kita menerima kenyataan dengan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengubahnya.

Oleh itu, inilah perbezaan antara maksud redha dan maksud pasrah yang mana masih ramai orang yang keliru dan belum mengetahuinya. Hal ini sebenarnya boleh mengakibatkan timbulnya persepsi yang salah mahupun pandangan yang serong terhadap makna ayat-ayat yang memerintahkan untuk kita bersikap redha terhadap segala yang Allah tetapkan. Dengan kata lain pasrah akan melahirkan sikap fatalisme sedangkan redha melahirkan sikap optimistisme.

Ingatlah bahawa setiap kesusahan dan cabaran yang kita hadapi merupakan sumber kekuatan kita. Mengapakah begitu ? Hal ini demikian kerana setiap kesusahan itu menjadikan diri kita lebih tabah dan kuat untuk menghadapi masalah yang mendatang. Jadikan setiap kesusahan, keperitan serta halangan sebagai batu loncatan kepada kita untuk mengubah paradigma kehidupan kita.

Andai jatuh, bangkitlah semula. Tabahkan diri dengan segala mehnah dan tribulasi. Janganlah terus mengalah dan menyerah diri. Jadikan segala takdir yang telah tersurat ini sebagai penguat diri. Ingatlah, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar.

Wahai diri, tabahkanlah hati. Bersyukurlah dengan segala mehnah ini. Sesungguhnya Allah Maha Menyayangi hambaNya yang tidak bersedih malah bersabar dengan tribulasi hidup.
InsyaAllah.

Rabu, 9 Oktober 2013

KAULAH SEGALANYA

Engkaulah ilham membina semangat dan harapan
Walau di mana jua ku berada
Tak kan ku biar bayang mu berlalu
Biarkan angin berhembus bersama bisikan syahdu
Menembusi taman kalbu

Ikatan menjadi lambang
Kau bagai nyawa ini
Tika kau tiada disisi menemani
Terasa sepi dan terasing hidup ini

Sekilas pandang wajah ku tenang
Tak siapa yang tahu gelora hati ku merindu
Selama hayat ku impikan kehidupan ini
Hadirnya diri mu menghiasi dunia ku
Dengan kebahagiaan sejati

Ku renung masa lalu ku
Terasa pilu menyelubungi diri
Ke mana harus ku mengadu
Hanya pada mu kusandarkan
Segala suka duka masa lalu ku

Lambang ikatan sebuah kehidupan
Bersatu dalam satu rasa
Menjalin satu ikatan cinta
Segala kenangan yang masih tersisa
Satu persatu kau sngkirkan
Terbinalah tugu bahagia
Mengikat kasih antara kita

Selama ini diri tersisih
Tak siapa yang mengerti
Hakikat sebuah kehidupan silam ku
Hadirnya diri mu mengutip sisa
Rasa cinta yang masih tersisa
Kau bina taman bahagia
Yang kini kita jalinkan bersama

Selama hayat ini ku impikan kebahagiaan ini
Di sini kuberdiri berteduh kasih mengikat janji
Tiada tangis lagi setelah kau singkir segala sepi 
Yang sering memburu diri
Semoga kita bahagia selamanya
Menjalin hidup meniti masa
Moga kekal hingga ke syurga

Selamanya kau ku hargai
Tiada tanding tiada sangsi
Kaulah pujaan hati ibarat nyawa ini

Berteduh di rimbunan Kasih mu,


M.H.A