Sabtu, 20 Julai 2013


UTUSAN JIWA

Merenung awan bina hayalan
Yang redup untuk teduhan
Impikan bulan jatuh keriba
Berhajat bintang sentiasa bersinar

Dalam masa yang sama aku lupa
Aku adalah insan biasa
Yang hanya mampu berkata-kata
Aku yang hanya mampu mengimpikan
Sebuah mimpi indah
Berhayalan membina mahligai
Nun di singgahsana angkasaraya

Duhai bulan duhai bintang
walaupun kau hilang jelangnya siang
Tapi kan ada bila tiba saat dan ketikanya
Walau redup mendung memayungi
Namun hanya bersifat sementara
Takkan ku hirau kerana itulah dugaan-Nya
Dan ku yakin kau pastinya sentiasa ada
Untuk ku puji dan ku puja

Maafkan aku duhai luasnya alam
Maafkan aku duhai bumi yang dijejaki
Andainya sesekali aku alpa
Mensyukuri adanya diri mu
Menghias hari-hari ku
Dalam angan ku impikan
Sebuah keajaiban anugerah tuhan
Bakal hadir jadi kenyataan

Sebuah hasrat tersirat
Pada rasa yang bersifat
Hakikat sekeping hati
Yang sentiasa mencari
Teduhan kasih kehujung nyawa
Sinar hidup ku ke akhir usia.
Semoga hentiannya landasan bahagia
Yang takan berakhir.

Seadanya aku untuk mu,
Semoga hayalan kita kecapi di alam nyata.

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan