Sabtu, 27 Julai 2013

CEBISAN KENANGAN

Dalam perjalanan yang amat panjang
Ku kutip sisa sejarah dan kenangan silam
Perjalanan dan pengalaman hidup masa lalu
Kini menjadi sejarah hidup ku sebagai kenangan

Diri ini pernah derita dan kecewa
Dan sedetik pengalaman gembira menikmati cinta
Yang hanya di nikmati seketika cuma
Penuh ranjau dan rintangan menduga meraih nikmat

Namun langkah ku takan terhenti disini
Kerana dalam kesedaran ku hidup ini bersama takdir
Takdirlah penentu segala-galanya
Aku redha menempuh segala dugaan-nya

Beginilah lumrah hidup seorang insan
Berkelana mencari diri berkelana mencari cinta
walau amat perih menempuh segala dugaan
Aku pasrah andai inilah bentuk dugaan-nya

Lalu ku larikan nada kehidupan menjadi sebuah coretan
Iramanya bergema di minda segar terasa menyentuh jiwa
Walau nadanya tak selalu ceria namun itulah hakikatnya
Sebuah sejarah dan kisah kehidupan insan

Walau tersembunyi di celah kerlipan bebintang
Walau terselindung di sebalik sang rembulan
Walu tinggi megah nun di angkasaraya
Akan ku gapai bersama hasrat dan impian terpendam

Walau jauh sebuah pengharapan akan ku cekal dan sabar
Untuk mengecapinya demi hari muka yang lebih sempurna
Terusik bersama sebuah sejarah dan kenangan
Tersimpan sebagai nukilan tatapan insan

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan