Ahad, 21 Julai 2013

ILUSI JIWA

Ilusi jiwa umpama mimpi dalam mimpi,.

Walau aku tak mampu menyanyi merdu,.
Walau desir khabar mu jarang menghampiri,.

Di sini aku seperti gunung..
Selalu menyimpan setiap kemanisan senyuman,.
Selalu rindu tatapan mata yang mencerna rasa.
Dan takan berpindah walaupun agin berlalu,.
Walau kabut menyelimuti,.

Sentiasa ada jejak langkahmu disini,.
Yang selalu menyemarakan hari hari ku,.
Aku masih disini untukmu,.
Dan pastinya sentiasa ada.

Di sini telah ku tulis,.
Berbagai perkara di dalam bait bait kata,.
Tentang diri dan sketsa perjalanan hidup,.
Namun cerita ku tak selalunya sempurna,.
Karena jarak terlalu jauh untuk ku ke singgah sana,.
kekadang terpaksa menempuh angan yang tak berkesudahan.

Dan angananku telah kutitipkan jauh dalam diri,.
Agar rindu itu akan menyatu tanpa prasangka dan kepalsuan,.
Dalam kenyataan dan bukan khayalan semata,.
mungkinkah akan menyatu dalam rasa yang sama,.??

Nurani di dindingi dengan keretakan sekeping hati,.
Mampukah angan mendakap ku dengan erat dengan sebuah kenyataan,.??
Agar diri tak terpisah dengan hayalan indah,.
Sekadar khayalan dan angan menjadi impian ,.
Umpama mimpi indah yang takan berakhir,.

Ilusi jiwa
M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan