Jumaat, 26 Julai 2013

MAAFKAN AKU

Adakah aku bersalah memiliki rasa cinta
Berdosakah aku andainya sering memuja
Memuja diri mu dengan sepenuh jiwa
Anggapan ku kau lah segalanya yang ku ada

Aku sedar siapa diri ku 
Mungkin berbeza bagi mu
Tapi hakikatnya kita tetap sama

Kerana kita hanya manusia biasa
Dan kita hanya insan serba kekurangan
Yang sepatutnya saling melengkapi
Apakah mungkin untuk kita bersatu
Dalam keegoan dan sering mempertikaikan

Duhai kasih,.mengapa ini harus terjadi
Sungguh tidak aku mengerti
Bertapa hebatnya kurasakan cinta ini
Disaat ku temui cinta yang ku hajati
Sayangnya tak mampu ku pertahankan
Kau tak mampu ku miliki

Sayangku,.Bila tiba saatnya nanti
Diri ku terpaksa berlalu jauh dari mu
Walaupun ku sedari amat perih
Ianya amat sakit dan menyakitkan
Hati dan perasaan insan seperti ku
Sungguh aku tak berdaya hadapinya

Hanya mampu berdoa agar kau bahagia
Dengan jalan cerita yang kau bina
Dengan segala alkesah yang kau reka
Bagiku itu semua adalah takdir
Yang tak mampu ku dakap dan gapai
Kerana ianya terlalu jauh dari kemampuan ku

Sejarah takan mungkin berulang
Tapi sejarah jugalah yang bakal
Membuka mata dan minda kita
Untuk saling menilai cinta sebenar
Saling membuka mata dan minda
Sebelum kita menyesali kehilangan
Sesuatu yang benar-benar berharga

Sesungguhnya aku tak mampu memiliki mu
Maafkan aku andai berat permintaan ku
Agar kau ingatlah daku dalam setiap detik nafas mu
Bersama kisah dan sejarah cinta kita

Agar tiada yang terluka 
Kerana aku juga tak mahu ada yang terluka
Biar saja ku kuburkan jenazah cinta kita
Di perkuburan sepi yang tak berpenghuni
Bersama sisa usia ku yang masih ada

Izinkan ku pergi berlalu jauh dari mu
Kerana sememangnya itu yang kau mahu
Walaupun hakikatnya dalam diam
Aku bukanlah sesiapa bagi mu
Hanya beban yang menyusahkan

cintaku tak pernah memberi apa-apa
Dan cinta yang dak menjanjikan apa-apa
Hanya memperjuangkan semangat
Dan sebuah kesetiaan yang menghampakan.

Sepi menyelubungi diri,

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan