Sabtu, 28 Jun 2014


Di Manakah Aku

Di Manakah Aku

Di sini pasrah ku berdiri
Mencari dimanakah diri
Terletak atau hanya terdampar

Makin ku cari jawapannya
Makin sukar untuk ku mengertikan

Senyuman perit ku lemparkan ketepi
Jauh kedasar harapan yang ku pendamkan
Mungkin tiada nilai berharga untuk terus di hargai
Bagaikan tiada maknanya keikhlasan ini
Sering ku baluti luka terhiris dalam sepi

Namun sentiasa bersabar dengan kesudahan
Kerana dalam pasrah ada redha harus kusisipkan
Meredah berbagai halangan demi kasih sayang dan kesetiaan
Walau harus terkorban dalam mempertahankannya
Itulah hakikat yang harus di hadapi

Sering ku cari apa yang ku pendam
Walau duka sengsara harapan takkan pudar
Bersama hasrat tersurat yang ku angankan
Akan terus berusaha untuk menggapainya
Demi kesetiaan rela ku meratap menagih belas

Kesukaran diri ku memenuhi hasrat mu
Mungkin alasan untuk tak perlu menghargai ku
Jika di bandingkan dengan mereka
Yang kau pandang mulia dari segalanya
Siapalah aku jika nak di bandingkan

Pernahkah di hati mu mengagungi cinta ku
Relakah diri mu menurut pinta ku
Perlukah ada sempadan yang memisahkan
Kenapa perlu ada alasan untuk setia
Ku redah halangan kerana amat menyayangi mu

Bersama sepotong kata ku sisipkan
Masihkah ada ruang di hati mu
Untuk terlintas menghargai ku
Kenapa harus mereka kau harapkan
Andai aku yang kau perlukan

Masih diri ku mencari maknanya
Biarpun bersendirian mencari pastian dan haluan
Ku pendamkan segala duka di hati
Sering ku sembunyikan rasa hiba
Kerana inging kau meanggap aku bahagia

Mungkin ini adalah satu cara yang kau tak suka
Mengadu domba merangkai kata
Hanya bersama kias dalam karya
Inilah satu satunya teman bicara meluah rasa
Kerana tiada arah lagi nak ku adukan segalanya

Tiada sesalan dalam pengorbanan
Kerana ikhkas menyintai mu
Aku berdiri lagi di sepi ini
Bersama secebis harapan
Untuk bahagia bersama selamanya.

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan