Ahad, 21 Julai 2013

 SAHABAT KU

Sebuah utusan sebuah luahan berbau perpisahan,.
Adalah sebuah pekara yang amat sukar untuk di luah,..
Di kala dalam penantian,.berharap pada sebuah sandaran yang di berikan

Dan adakalanya sekeping hati terasa,.

Sayu bukanlah derita menjurus kecewa,.
Hanya mungkin terkilan pada keadaan dan masa.

Sebuah penghargaan terasa tiada dikala kehadiran tak diendah,.
Namun,..erti kesetiaan tiada batas pada kejadian,.
Kerna ianya lahir lantaran sebuah perasaan keinsanan menghargai,.
Dan sedikit rasa ingin dihargai,.

Berbagai persoalan wujud di fikiran,.
Kali pertama adalah pekara biasa
Kedua kalinya mungkin kau lalai tanpa sengaja
Ketiga kalinya sememangnya kau dah terbiasa

Maafkanlah aku andainya terselit walau sedikit rasa curiga,.
Maafkanlah aku andainya pernah tersilap kata tutur bicara,.
Maafkanlah aku atas segalanya.

Andai kehadiran ku semata mata gangguan dan bakal menyusahkan
Izin aku pergi berlalu dari mu wahai sahabat ku.

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan