Rabu, 31 Julai 2013

KASIHNYA AYAH

Ayah
Engkau pecahkan keresahan yang selalu membuat ku jatuh
Engkau bagai pemandu raga yang mulai runtuh
Engkau memberi semua yang kami perlukan
Bekorban tenaga tak kira masa
Semata-mata untuk memberi kemudahan bagi kami

Tapi kami 
Seolah-olah tak mengerti ketika engkau memerlukan kami
kau buang waktumu tanpa lelah dan keluh kesah untuk kami
Kau wujudkan kasih sayang menjadi kebiasaan bagi kami
Engkau memberi tanpa kami meminta
Engkau berikan kasih sayang yang tiada tandingannya

Ayah
Andai perasaan ini sepeka hatimu
Setegas kasih sayangmu
Semampunya dan selalu ada untuk kami anak-anakmu
Akan ku ubah segala yang menajadi kesalmu
Andainya tika ini kau masih ada berdiri di depanku
kan ku balas rasa yang sering kau berikan kepada kami
Diatas langit yang tak terbatas 
Kau sentiasa iringkan doa untuk kami
Atas kasihmu dan usaha mu yang tak pernah lelah

Terimakasih ayah
Terimakasih telah membesarkan ku
Hingga kini masih lagi menatap indahnya hidup dan kehidupan
Memberikanku seluruh cinta tanpa putus asa 
Dengan kasih sayang dan cinta mu
Aku merasakan kekuatan yang sungguh luar biasa

Ayah
Kini kau telah tiada
Apalah daya ku sebagai anakmu yang hanya mampu mengingati mu
Hanya iringan doa yang mampu ku titipkan untuk mu sebagai balasan 
Setiap apa sahaja pengorbanan yang telah kau berikan pada ku 
Semasa adanya diri mu disisi ku

Ayah
Aku tak akan pernah mampu membalas 
Seperti cinta dan kasih yang telah engkau berikan kepadaku 
Sampai bilapun takan mampu dan takan ada
kerana ayah adalah satu satunya ayah bagiku

Ayah
Agar engkau sentiasa damai disana,.. 
Bersama dengan orang-orang beriman yang terdahulu dari mu
Hanya itu yang mampu ku doakan untukmu ayah

Merindui kasih sayang ayah

M.H.A

KASIHNYA IBU

Ibu
Engkau pecahkan keresahan yang selalu membuatku jatuh
Engkau bagai pemandu raga yang mulai runtuh
Engkau memberi semua yang kami perlukan

Tapi kami 
seolah-olah tak mengerti ketika engkau memerlukan kami
kau buang waktumu tanpa lelah dan keluh kesah untuk kami
Kau wujudkan kasih sayang menjadi kebiasaan bagi kami
Engkau memberi tanpa kami meminta
Engkau berikan kasih sayang yang tiada tandingannya

Ibu
Andai perasaan ini sepeka hatimu
Setegas kasih sayangmu
Semampunya dan selalu ada untuk kami anak-anakmu
kan ku ubah segala yang menajadi kesalmu
Andainya tika ini kau masih ada berdiri di depanku
kan ku balas rasa yang sering kau berikan kepada kami
Diatas langit yang tak terbatas 
Kau sentiasa iringkan doa untuk kami
Atas kasihmu yang tak pernah lelah

Trimakasih ibu
Terimakasih telah melahirkan ku
Hingga kini masih lagi menatap indahnya hidup dan kehidupan
Memberikanku seluruh cinta tanpa putus asa 
Dengan kasih sayang dan cinta mu
Aku merasakan kekuatan yang sungguh luar biasa

Ibu
Kini kau telah tiada
Apalah daya ku sebagai anakmu yang hanya mampu mengingati mu
Hanya iringan doa yang mampu ku titipkan untuk mu sebagai balasan 
Setiap apa sahaja pengorbanan yang telah kau berikan pada ku 
Semasa adanya diri mu disisi ku

Ibu
Aku tak akan pernah mampu membalas 
Seperti cinta dan kasih yang telah engkau berikan kepadaku 
Sampai bilapun takan mampu dan takan ada
kerana ibu adalah satu satunya ibu bagiku

Ibu
Agar engkau sentiasa damai disana,.. 
Bersama dengan orang-orang beriman yang terdahulu dari mu
Hanya itu yang mampu ku doakan untukmu ibu

Merindui kasih sayang ibu

M.H.A

Ahad, 28 Julai 2013


BISIKAN RASA
 
Ada ketiknya terasa kecewa dengan suasana
Namun itu bukanlah yang terbaik,.

Dan ada juga ketikanya ingin pergi jauh dari sebuah daerah yang kontang
Ya,.itu juga bukanlah pilihan yang terbaik,.

Kerana aku juga bertanggungjawab
Untuk membangunkannya dengan suasana tenang yang subur dan masyur,.

Kemanakah harus ku tapak telapak yang kaku
Kemanakah harus ku langkah sebuah langkah yang seringkali terhenti,.

Disini aku berdiri mungkin hanya untuk diri ku sendiri
Mungkin tiada siapa yang ingin mempeduli,.

Atau,. mungkinkah aku adalah satu dari pada seribu satu persoalan
Yang merunsingkan ramai insan dalam sebuah taman yang sepi ?

Bebagai persoalan yang lahir ketika resah bertandang,.
Berbagai rasa menguasai kala diri di selubungi sepi,.

Tapi,.itu semua hanyalah andaian ,. Tiada kemungkinan,.
Asasnya adalah diri,.kenpa ?? Dan mengapa ??
Rasa yang tak diingini menghampiri,.
Yang bersalah adalah diri,. kenapa harus menyepi dan terasa sepi ??

Jauh di sudut hati terpendam sebuah rasa,. Berkeinginan,.
Untuk dimaafkan andainya terdapat sisa-sisa kesilapan
Yang sering teringat dan diingati,.

Maafkanlah seadanya diri ini,.Hanya insan biasa
Yang serba kekurangan yang tak lepas dari melakukan kesilapan
kiata,.Saling memerlukan antara keseluruhannya,.
Bantu-membantulah wahai sekalian para teman juga sahabat
Untuk saling membimbing 
Kearah satu kemesraan yang tanpa hadnya,.

Sahabat mu,.

M.H.A

Sabtu, 27 Julai 2013

CEBISAN KENANGAN

Dalam perjalanan yang amat panjang
Ku kutip sisa sejarah dan kenangan silam
Perjalanan dan pengalaman hidup masa lalu
Kini menjadi sejarah hidup ku sebagai kenangan

Diri ini pernah derita dan kecewa
Dan sedetik pengalaman gembira menikmati cinta
Yang hanya di nikmati seketika cuma
Penuh ranjau dan rintangan menduga meraih nikmat

Namun langkah ku takan terhenti disini
Kerana dalam kesedaran ku hidup ini bersama takdir
Takdirlah penentu segala-galanya
Aku redha menempuh segala dugaan-nya

Beginilah lumrah hidup seorang insan
Berkelana mencari diri berkelana mencari cinta
walau amat perih menempuh segala dugaan
Aku pasrah andai inilah bentuk dugaan-nya

Lalu ku larikan nada kehidupan menjadi sebuah coretan
Iramanya bergema di minda segar terasa menyentuh jiwa
Walau nadanya tak selalu ceria namun itulah hakikatnya
Sebuah sejarah dan kisah kehidupan insan

Walau tersembunyi di celah kerlipan bebintang
Walau terselindung di sebalik sang rembulan
Walu tinggi megah nun di angkasaraya
Akan ku gapai bersama hasrat dan impian terpendam

Walau jauh sebuah pengharapan akan ku cekal dan sabar
Untuk mengecapinya demi hari muka yang lebih sempurna
Terusik bersama sebuah sejarah dan kenangan
Tersimpan sebagai nukilan tatapan insan

M.H.A

Jumaat, 26 Julai 2013

LUKA DI LUKAI

Merenung jauh kedalam pelusuk sekeping hati yang sepi
Sebuah daerah yang gersang tak berpenghuni
Apa yang tinggal hanyalah kesan dan sisa sejarah
Menerjah masa lampau yang kelam dan di selubungi kabut

Disitulah seorang pujangga sepi bertatih berdiri
Mencari sebuah rasa merenung sejarah lampau
Ketika terhiris dek senjata berbisa pembawa sang insan
Yang mana telah pun melukai dan di deritai pemberiannya

Sepanjang hayat sepanjang zaman 
Darahnya mengalir tanpa henti
Apakah itu penderitaan ? Atau penyiksaan,
Pada sebuah jiwa yang berharap kesempurnaan ?

Termenung sendirian sayu menyelubungi
Terkenang diri yang sering di khianati
Oleh sang perasaan yang lain yang mana tak pernah mengerti
Bertapa perit kesan tersakiti dengan kekecewaan

Menerjah arah mengejar bayang
Kenapa perlu di kejar ? Sedangkan ianya sentiasa ada di benak
Bersarang di fikiran yang kontang ketandusan kasih
Apakah yang di mahukan lagi setelah kekecewaan di alami

Bayang yang sentiasa terlihat
Suara yang sentiasa terngiang menyapa
Suasana kemesraan yang pupus sering dirasai
Lantaran nikmat sebuah rasa cinta yang telah tiada

Dahulunya keriangan sebuah kota cinta
Kekuatan kubunya yang tampak dan kukuh
Kini telah tiada, telah musnah di landa bencana
Apa yang tinggal hanyalah kesan peninggalan yang musnah

Dimanakah janji mu duhai alam 
Yang telah menjanjikan sebuah kerajaan kebahagiaan
Yang telah menjanjikan sebuah daerah yang aman dengan kasih sayang
Yang telah menjanjikan seluruh rasa kecintaan
Ya,.Janji hanya tinggal janji setelah kerajaan hati
Menjajah ke sebuah kota megah yang lain

Maka tinggalah sang perasaan ketandusan kasih dan sayang
Hilanglah suara manja menjanjikan kemanisan hubungan
Parahnya terluka lagi, kerajaan hati yang ditinggalkan
siapakah yang harus di persalahkan setelah segalanya musnah

Tiada jawapan untuk kepastian
Hilang tanpa khabar meyusur alam di sebalik rasa
Siapakah yang mengerti dan ingin di mengertikan
Dalam pelbagai persoalan dalam sebuah kehidupan

Maka pujangga seni harus berdiri lagi membongkar rahsia hati
Membentang sebuah kesah,sebuah hasrat terpendam sebagai nukilan
Sentuhan pena sebagai tatapan insan-insan seni lain
Yang mana ingin mentafsir dan mengerti hakikat sekeping hati yang terluka

Berdiri di kota ini ;

M.H.A
MAAFKAN AKU

Adakah aku bersalah memiliki rasa cinta
Berdosakah aku andainya sering memuja
Memuja diri mu dengan sepenuh jiwa
Anggapan ku kau lah segalanya yang ku ada

Aku sedar siapa diri ku 
Mungkin berbeza bagi mu
Tapi hakikatnya kita tetap sama

Kerana kita hanya manusia biasa
Dan kita hanya insan serba kekurangan
Yang sepatutnya saling melengkapi
Apakah mungkin untuk kita bersatu
Dalam keegoan dan sering mempertikaikan

Duhai kasih,.mengapa ini harus terjadi
Sungguh tidak aku mengerti
Bertapa hebatnya kurasakan cinta ini
Disaat ku temui cinta yang ku hajati
Sayangnya tak mampu ku pertahankan
Kau tak mampu ku miliki

Sayangku,.Bila tiba saatnya nanti
Diri ku terpaksa berlalu jauh dari mu
Walaupun ku sedari amat perih
Ianya amat sakit dan menyakitkan
Hati dan perasaan insan seperti ku
Sungguh aku tak berdaya hadapinya

Hanya mampu berdoa agar kau bahagia
Dengan jalan cerita yang kau bina
Dengan segala alkesah yang kau reka
Bagiku itu semua adalah takdir
Yang tak mampu ku dakap dan gapai
Kerana ianya terlalu jauh dari kemampuan ku

Sejarah takan mungkin berulang
Tapi sejarah jugalah yang bakal
Membuka mata dan minda kita
Untuk saling menilai cinta sebenar
Saling membuka mata dan minda
Sebelum kita menyesali kehilangan
Sesuatu yang benar-benar berharga

Sesungguhnya aku tak mampu memiliki mu
Maafkan aku andai berat permintaan ku
Agar kau ingatlah daku dalam setiap detik nafas mu
Bersama kisah dan sejarah cinta kita

Agar tiada yang terluka 
Kerana aku juga tak mahu ada yang terluka
Biar saja ku kuburkan jenazah cinta kita
Di perkuburan sepi yang tak berpenghuni
Bersama sisa usia ku yang masih ada

Izinkan ku pergi berlalu jauh dari mu
Kerana sememangnya itu yang kau mahu
Walaupun hakikatnya dalam diam
Aku bukanlah sesiapa bagi mu
Hanya beban yang menyusahkan

cintaku tak pernah memberi apa-apa
Dan cinta yang dak menjanjikan apa-apa
Hanya memperjuangkan semangat
Dan sebuah kesetiaan yang menghampakan.

Sepi menyelubungi diri,

M.H.A

Khamis, 25 Julai 2013

CINTA KITA

Aku lebih tenang memikirkan mu
Menjalin rasa yang satu dalam diri kita
kau kuncilah hati ku untuk terus setia pada mu
Dengan semangat dan kasih sayang

Aku mengajak mu untuk menuruni jurang cinta
yang penuh liku dan ranjau menduga kesetiaan
Terpasung dengan kata kesabaran atas niat
Ingin memiliki dan di miliki

Memegang erat sebuah pengertian
Meletakan dengan tabah sebuah kepercayaan
Agar kita tak terjerat dek panahan asmara
Yang sering memesongkan pandangan dan pendengaran
Demi sebuah kebahagiaan untuk selamanya

Dimanakah kegemilangan cinta ?
Dimanakah adab dan tata susila ?
Suatu hari nanti andainya ditakdir kita bersama
Segalanya akan menjadi milik kita
Usah di pasung rasa itu bersama nafsu

Dalam masa yang sama kita sepatutnya bersyukur
Setelah di anugerahkan pelbagai rasa
Kegemilangan mengecapi nikmat cinta
Yang saling mencintai antara keduanya
Begitulah anugerah cinta untuk kita

M.H.A
SAHABAT BAIK

Apakah maksud SAHABAT BAIK yang sebenarnya? Seorang sahabat mengatakan apa yang mereka fikir mereka memerlukan rakan untuk mendengar walaupun mereka tahu bahawa rakan mereka mungkin marah atau dalam keadaan yang tak berkesempatan untuk mendengarkannya. Seorang sahabat tidak meninggalkan kerana mereka takut untuk bersama bersusah payah dengan kita. Seorang sahabat tidak meninggalkan kita apabila dia bosan atau terdapat pekara yang membuatkan dia tidak selesa atau membosankan. Terdapat hanya daripada beberapa nilai-nilai yang sahabat sebenar hargai. Pendek kata, Seorang sahabat yang baik pastinya menyedari akan nilai persahabatan dan berpendapat ianya murni dan indah dengan keluhurannya sebuah PERSAHABATAN.

Diantara beberapa pekara
TENTANG SAHABAT DALAM PERSAHABATAN

Penuh gerak hati, pintar dan bijak. Sentiasa memberi dan membantu melalui berbagai situasi baik dan buruk.Rakan-rakan yang jauh, rakan-rakan yang terdekat, Rakan-rakan akan berada di mana-mana, untuk meminjamkan telinga, Mereka mendengar, ketawa, dan penjagaan hanya melalui perihatinyna nasihat atau masa melayani karenah seorang sahabat, Namun yang paling penting, mereka sentiasa ada, Melalui berbagai situasi dan keadaan kita. Lalu kita tidak boleh melupakan atau tinggalkan seorang sahabat begitu saja melainkan dengan alasan yang jelas. Sahabat Juga akan bersama melihat dan mentafsir masa depan. Menjadikan keduanya sering berharap dalam impian yang sama, Yang mana ketika itu sentiasa ada bersama, Walau dalam keadaan menangis dan ketawa.
Saling mengagumi, dan menyayangi dengan niat yang baik dan keinginan yang juga baik, dengan rasa sayang yang jujur dan tulus. Iaitu amanah, mengetahui dan memahami maksud ertikata SAHABAT atau KAWAN BAIK Yang sentiasa mengambil berat, dalam pelbagai pekara sepanjang masa, Siang dan malam SAHABAT memberi cahaya, Seandainya tiada pada pandangan, kita pastinya tertanya-tanya, atau tercari-cari, bagaimanakah keadaan dan situasinya ketika itu. Sahabat yang baik takan terputus hanya dengan fitnah pihak lain dan takan tergamak untuk melakukan pekara pekara yang negatif untuk sahabatnya, malah dia akan terasa sakit andainya sahabatnya disakiti. Begitulah erti kata sebagai seorang sahabat yang baik, yang saling memahami dan menyayangi.
Awak berada di sana apabila saya memerlukan awak 
Awak sentiasa ada di depan dan belakang saya 
Awak meningkatkan saya apabila saya tersasar atau terlupa 
Awak sentiasa membuat saya tersenyum walaupun ketika bersedih
Awak menangis apabila saya menangis 
Awak ketawa apabila saya ketawa 
Ringkasnya,. sedih,gembira, suka dan duka termasuklah dalam keadaan susah dan senang,.
Kita pasti akan sentiasa ada bersama.


Jadilah seperti seorang wira malam, 
yang mencerahkan dan menyelesaikan hidup dengan cahaya.
Kerana Cahaya juga adalah ibarat sahabat kala kita kegelapan.
Tanpanya kita akan hilang arah dan tujuan dalam kegelapan.

M.H.A
KENANGAN 

Kenangan sememangnya untuk di kenang, manakala ingatan adalah fungsi minda manusia yang bukan "pelupa"

Ber-Sajak Ber-Puisi Dan yang seangkatan dengannya . Tentang pemergian seseorang terpenting dalam hidup kita, mengandungi banyak pekara yang kita baca dan mengulas mengenainya dalam bentuk karya. Kesengsaraan, seperti apabila kehilangan yang tersayang , mendorong kita untuk mencari pelepasan dan keselesaan melalui, menghubungkan diri dengan orang lain yang mengerti atau orang yang telah mengalami apa yang kita lalui. Hanya membaca cerita-cerita dan puisi dikongsi oleh orang-orang gila dengan kesedihan yang sama dengan kita, entah bagaimana akan merealisasikan perasaan kita dan membawa ketenangan kepada jiwa yang sedang bersedih. Adalah menjadi harapan bahawa, ketika itu,kita sedang mencari keselesaan dalam situasi tersebut.
Tindakan mewujudkan puisi adalah satu peringatan bagi seseorang yang telah tiada. Ia adalah satu tindakan kerohanian. Peringatan memberitahu dunia yang sementara sesuatu yang kita sayangi mungkin akan hilang atau semangatnya mungkin akan tinggal bersama kita. Individu ini selama-lamanya akan diikat bersama dalam bulatan hidup. Satu sejarah atau kesah kehidupan kita yang segar dan terus jadi ingatan yang terpenting. Tindakannya, kebaikannya dan segala sikapnya tidak akan dilupakan. Peringatan adalah satu cara untuk ingat seseorang apatah lagi orang tersayang pastinya untuk selama-lamanya.

Saya berharap anda selesa melayari koleksi Karya,

M.H.A

CINTA

Membawa tajuk besar dalam berbagai pengertian
Bersama insan,makhluk dan juga alam

RASA CINTA atau JATUH CINTA
Jatuh cinta juga adalah salah satu perasaan yang paling besar. Terdapat proses kimia sebenar yang berlaku kepada seseorang yang jatuh cinta. Semua deria mempunyai kekuatan yang lebih besar. Warna kelihatan lebih cerah, bunyi lebih indah dan bau yang lebih kuat apabila anda berada dalam alam cinta.Maka begitu sensitif untuknya. Begitulah diantara tindak balasnya ketika dilamun cinta. Apabila berada dengan kekasih tidak ada perasaan yang lebih besar di dunia, dan apabila tidak menghabiskan semua masa anda memikirkan satu sama lain. Jatuh cinta adalah benar-benar perasaan yang hebat.
Beralih pula kita pada PUISI , MADAH dan yang seangkatan dengannya 
TENTANG CINTA
Puisi atau madah Cinta bercakap tentang semangat, keinginan dan kelemahan menjadi cinta. Apabila kita boleh berkongsi hidup kita dengan yang lain, seluruh dunia kita benar-benar berbeza.
HUBUNGAN
Hubungan romantis adalah rempah kehidupan. Mereka membuat kita berasa hidup dengan cara yang tidak ada yang lain boleh di layari. Cinta tulin wujud apabila dua individu menunjukkan bahawa mereka mengambil berat antara satu sama lain dengan melakukan tindakan kecil untuk satu sama lain yang menunjukkan kasih dan sayang. Ia membuatkan kita berasa disayangi dan dijaga. apabila kita tahu bahawa lain yang Menjadi satu kepentingan bagaimana untuk memberikan kita keseronokan dalam kemesraan dan akan habiskan masa bersama melayarinya. 
KEMESRAAN atau ROMANTIK
Romantik adalah kunci untuk menjaga bunga-bunga cinta dari layu ketandusan kasih sayang. Tanpanya, mana-mana hubungan tidak kekal lama lagi akan kehilangan bersinar. Maka disitulah tercipta erti KESABARAN.

Dan banyak lagi pekara yang perlu kita rumus tentangnya,.
Semoga kita berkesempatan untuk terus mentafsir dan mengerti akan,
PENGERTIAN TENTANG CINTA

M.H.A