Ahad, 21 Julai 2013

KISAH CINTA KU

Sekebun cinta telah berbunga ,.
Sejambak kasih telah terasa,..
Sesejuk embun pagi yang sedang menitis
Membasahi rerumput,.
Seindah pelangi yang melukis langit,.
Kala bumi kesejukan disimbah hujan.
Begitulah ungkapan yang sering kau ungkapkan padaku. 
Membuat aku terbuai bersama melodi cinta mu.

Namun kenapa ,.
Saat aku terbuai dengan segala janji dan kata manis yang kau ucapkan pada ku,.
Engkau rampas semula segala ucapan dan segala kata itu dari ku,.
Hanya dalam sekelip mata segala yang indah itu tiada.

Kenapa sewenangnya kau membakar aku dengan api cintamu,.
Dengan mudahnya kau musnah dan lenyapkan istana cinta,. 
Yang dengan susah payahnya aku dirikan seikhlasnya hanya untukmu,. 
Sedangkan kau hanya bersahaja tanpa berkorban apa-apa,.
Malah tergamak kau hancurkannya.

Demi tuhan,.
Sesunguhnya diri ini dahulunya sangat sangat berharga,.
Sungguh airmata ini sangatlah mahal untuk ku titiskan,. 
Untuk seorang wanita,.
Tapi kenapa saat ini??,.
Aku terlalu lemah dan terasa hina setelah wujudnya diri mu bersamaku.
Airmataku tak henti-henti menitis saatku teringat akan kecuranganmu terhadapku,.
kenapa??,. Airmata ini terlalu murah untuk mu??,.
Kenama harus ada airmata bersama cinta??,.

Kau berikan cinta yang palsu pada ku,.
Yang ku anggap adalah cinta yang lahir dari lubuk hati mu,.
Sewenangnya kau jadikan kata cinta itu,. 
Sebagai alat untuk kau cengkam sekeping hati yang benar benar menyayangi mu.

Bodohkah diri ku ,..
Menggengam erat sebuah cinta palsu,.
Ibarat menggengam bara yang sentiasa kutahan kehangatannya.
Segala pintamu seadanya kuturuti,.
Apakah mahumu dari seorang lelaki??,.Terutamanya aku??,.

Mengertilah kasih,..
Jangan kan berniat untuk menyakiti hati mu,.
Sehelai rambutmu pun tak kurelakan gugurnya tanpa relamu,.

Kini,..
Di saat kau sudah ada yang lain ,.
Aku hanya mampu memerhati dari jauh,. 
Segala tingkah laku dan sandiwara mu,.
Kemanakah arah mu,.

Warna sekebun cinta ,..
Yang dulu pernah ku puja dan ku jaga seadanya,.
Aku hanya dapat menikmati kecurangan warna bunganya,.
Menyesal pun tiada gunanya lagi,..

Kita tak mungkin untuk bersama lagi,.
Kerana adanya aku adalah beban bagi mu,.
Semakin sukar untukmu meraih segala impianmu,.. 
Dengan adanya aku di samping mu.
Siapalah aku hanya insan biasa yang serba kekurangan.

Siapalah aku untuk bermimpi mimpi indah,. 
Bersama sang merpati bebas seperti mu,.
Sedangkan aku hanya seekor pipit,. 
Yang hanya terkurung dalam sangkar kehidupan,. 
Yang tak mudah untuk meraih kebebasan alam.

Aku yang sering di landa gelap dan sunyi,.
Yang hanya mampu tersenyum kala terbitnya mentari,.
Menyatakan bahawa aku hanya mensyukuri,. 
Satu nyawa lagi anugerah-Nya di hari yang baru ini.
Amat ku sedari itu semua,.
Biarlah kecurangan mu yang selalu ku kenang,.
Selagi aku mampu untuk mengigati mu.

Kenapa harus begitu??
Sedangkan selama bersama pun,.
Tak pernah ku halang segala kemahuan mu,.
Andai perpisahan yang kau inginkan,.
Akan kucuba leraikan bara yang tersimpan,. 
Di sudut hati yang paling dalam.
Seandainya itu mampu untuk membahagiakan mu,.
Tak perlu untuk kau menghina diriku,. 
Memutar belit segala pekara dan kata,.. 
Malah semakin menjadi kebuntuan bagi ku..

Aku rela demi kebahagiaan mu.
Cukuplah sekadar untuk kau tahu,..
Bertapa aku amat menyintaimu.
Biarlah jadi pengajaran insan seperti ku,.
Agar tak mengharap lagi di cintai oleh insan seperti mu,.
Yang sentiasa mencari kesempurnaan,.
Cuma aku kesal sebab tanpa penghargaan,. 
Penilaian yang kau berikan pada ku,.
Sebaiknya kau hargailah aku sebelum kau nilai diriku.

Ya Allah Ya Tuhan ku,.
Adakah hak bagiku untuk meraih nikmat mu,.
Mendapat cinta seorang wanita,. 
Yang tanpa melihat kekurangan dan kelebihan ku.
Sesungguhnya aku adalah aku,.. 
Takan mampu untuk menjadi orang lain,..

Syukurku panjatkan kehadrath illahi,..
Atas kesempurnaan seadanya yang dianugerahkan pada ku,.

Di belenggu irama luka,

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan