Ahad, 21 Julai 2013



LAGU DAN IRAMA TAK DAPAT DI PISAHKAN

Tanpa muzik hidup seakan tak lengkap dan dalam keadaan kekurangan

Irama dan lagu adalah alunan bunyi yang mampu meresap kedalam minda lantas mampu mengawal jiwa andainya kita tak kawal sentuhannya

Irama dan lagu adalah bahasa dan nada yang bergabung menyentuh jiwa dan perasaan dalam kesyahduan

Irama dan lagu mampu mendorong kita jadi lebih agresif dalam iramanya yang agak keras dan pantas

Dalam suasana yang bingit dan bergegar hentakan muzik irama lagu juga mampu membuat kita terbuai hingga terlena andainya kita gemar pada iramanya

Andainya ada yang mempertikaikan tentang nada irama dan lagu adalah satu pekara dan keadaan yang bising dan menganggu maka dia masih gagal mencari jiwanya dalam irama dan melodi lagu

Bilamana seseorang mengajak anda untuk mendengarkan sesebuah lagu,.kemungkinan ketika itu dia mahu memperkatakan sesuatu seperti mana yang di sampaikan melalui lirik lagu tersebut yang dia mungkin tak mampu untuk berterus terang menyatakannya dan dalam masa yang sama penyampaian yang lebih indah melalui seni.

Irama lagu dan insan seni tak dapat di pisahkan,.

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan