Ahad, 21 Julai 2013

BERSAMA DUKA SEMALAM

Di pagi yang seawalnya begitu syahdu bagiku,..
Terasa lambaian duka di penghujung rinduku,.
Bersama titis embun yang kian menyejukan,..

Mengundang rasa rindu,..
Merindu akan bayangan duka semalam,.
Adakah mampu bagi ku,..
Mempertahankan rinduku,.
Yang kian lumpuh di mamah waktu,.

Adakah aku bersalah,..
Setelah gagal mengekalkan rasa kecintaan,..
Yang pernah terpatri bersama suatu masa lalu,.
Atau sememangnya ini adalah dugaan semata,..
Memendam lara yang semakin membara di jiwa,.

Adakah detik atau sedikit waktu untukku,..
Membasuh luka di hati dengan air mata??
Mampukah aku,..memendam segalanya,.??
Setelah buaian cintaku terputus,..
Sehingga terhempasnya raga di lantai duka,.

Adalah sesempitnya ruang untuk ku,..
Menyatakan kelegaan pada sang perasaan,.
Yang semakin kehilangan senyuman menceriakan,.
Semakin hari semakin terhimpit di badai lara,.
Setiap detik ,..pastinya mengundang ku berlabuh bersama duka,.
Dimanakah akhirnya,.?? Dimanakah titiknya??
Di manakah noktah terakhir untuk penderitaan jiwa.

Kini ku terkapai tanpa arah,.
Sedang tenat terkulai semakin lemah,.
Menanti arah yang bakal mencipta sebuah sejarah indah,.
Hanya mampu,.Pasrah dan berdoa,..
Agar ada sedikit ruang untuku melabuhkan bahtera bahgia,.
Di muara sepi perlabuhan hati.

Ku pendam sebuah duka untuk kebahagiaan yang nyata.

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan