Ahad, 21 Julai 2013

KENANGAN TERINDAH MENGUNDANG RESAH

Sesegar embun pagi dingin sentuhannya
Sebuah rasa terpendam meruntun jiwa
Walau bermusim telah berlalu

Kenangan itu sering bermain di fikiran ku

Bertandang tanpa di undang menyeksa raga

Satu persatu peristiwa telahpun berlalu
Namun saat itu sentiasa mengekori ku
Membisikan sebuah rasa kerinduan
Mengingatkan aku pada wajahnya
Adalah pekara terindah dan teristimewa

Tanpa sengaja telahpun ku jejaki
Segala sejarah perkenalan itu
Sebuah pertemuan yang tak di duga
Menjalin sebuah ikatan cinta
Terbuai di alam rasa yang sama
Sentiasa dahaga pada kerinduan

Walau hakikatnya tak seperti yang di rancang
Teramat sukar untuk di lunaskan
Namun kenyataanya telah pun terpisah
Saling mentafsir langkah menjejaki mimpi
Dalam suasana alam yang satu
Namun berbeza situasi dan warnanya
Antara dua hati tak kan bersatu lagi

Sebuah lakaran sejarah indah
Menjebak diri meniti hari
Kenangan usang yang sentiasa segar
Adakalanya mengajak ku ke daerahnya
Mentafsir rasa melerai impian

Terhenti lamunan disedarkan oleh seruan
Dek suara halus berbisik membisikan rasa
Mengulang sejarah yang bakal bermula
Adakah ianya sebuah kebahagiaan
Atau satu lakaran untuk cerita yang sama
Berulang kali tetap sama
Adakah kegagalan selamanya milik ku

Aku pasah dan redha andainya ia terjadi lagi
Kerna ku yakin insan tak semuanya sama
Dan aku tetap aku,.Tetap menjadi diri ku
Takan berubah menjadi sesiapa
Kerana ku bersyukur seadanya aku.

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan