Ahad, 21 Julai 2013

IMPIAN DALAM MENCARI MIMPI

Aku impikan seorang gadis yang mampu menjaga ku seadanya.
Aku impikan seorang teman yang setia menemani ku selamanya.
Aku impikan waktu membawa cinta ku ke arahnya.


Memadai hanya yang sederhana ku impikan.
Memadai hanya yang sederhana untuk ku sayangi.
Memadai hanya yang sederhana untuk ku cintai.
Segalanya Hanya yang sederhana Ku harapkan.

Dia adalah anugerah hanya untuk ku.
Aku mungkin telah bertemu dengannya,
Dengan kesabaran akan ku tunggu dan ku lihat,
Perjalanan dan masa ceritera ku bersamanya,
Sehingga ke penghujung cerita yang sempurna.

Kau Pastinya akan hadir dalam hidupku.
Melangkah ke babak kedua akan menjadi suri hidup ku.
Bakal Belayar bersama dalam satu bahtera
Yang isinya penuh dengan nikmat cinta

Aku telah jatuh cinta sebelumnya.
Ini adalah segala sesuatu yang terfikir,
Dan mungkin akan banyak lagi yang bakal ku fikir.
Antara kau, aku dan cinta.

Kehadiran cinta juga mungkin akan merubah pendirian ku,
Untuk selamanya akan besederhana,
Tanpa ada kesan yang merunsingkan jauh sekali tekanan.

Indahnya cinta yang sempurna.
Cinta adalah pembentukan hidup
Dan hidup juga bakal membentuk cinta
Bermatian demi cinta sampai mati..
Indahnya di istilahkan cinta keakhir hayat.
Begitulah cinta kerana-Nya.

Cinta adalah hiasan kehidupan,
Untuk insan yang saling memerlukan dan memberikan cinta.

Mampukah aku bersabar untuk menghabiskan sisa hidup ku.
Yang penuh dengan dugaan dengan seribu harapan,.
Untuk sebuah kesempurnaan.

Adakah tersisa bagi ku untuk menyintai dan mengasihi,
Sahabat-sahabatku, kekasihku. atau Isteriku?
Bagaimanakah akhirnya di masa depan ku?

Ya,.
Sememangnya ku sedari,.Bukan aku yang tentukan semuanya,.
Dengan izin-Nya nescaya segalanya akan menjadi miliku,.
Antara pahit dan manis dalam kehidupan,
Adalah tanggungjawab Bagi ku,.
Untuk bersyukur dan mensyukuri anugerah-Nya

Menjejak Impian,

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan