Rabu, 24 Julai 2013

DUHAI BAYU

Tolong sampaikan salam ku padanya.
Seindah alunan alam hembusan nadanya.
Bersemangat ibarat buluh perindu
Memikat halwa telinga hingga ke kalbu.
Begitulah iramanya bergema

Sebuah kerinduan merindukan keindahan
Dan Kesempurnaan yang nyata.
Dalam sebuah kehidupan insan sempurna
Menggapai harapan membina impian
Insan yang tak selalunya sempurna

Suara rindu yang datang menjerit di jiwa ini
Adakah kau tahu bahawa aku telah jauh terdampar kesepian
Tanpa bisikan manja yang amat ku rindukan
Dimanakah aku tika ini,....
Dimanakah harapan ku,.

Kerana kisah silam aku disisihkan,. 
Kerana masa lalu aku tersiksa
Hidup dalam kenangan
Mencari semangat yang telah lama hilang
Perlukah aku terus bersendiri
Menyerah diri ku hanya pada-Nya

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan