Sabtu, 20 Julai 2013

PENGENALAN

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh,.
Selamat Datang Di Ucapkan Dahului dengan ucapan terimakasih atas kesudian berkunjung ke sini 

Ya Allah,.
Jadikanlah Permulaan Hari Ini Dengan Penuh Kebaikan,.
Pertengahannya Membawa Kejayaan,.
Bahagian Akhirnya Menjadi Suatu Keberuntungan.

Ya Allah,.
Jadikn Awalnya Rahmat,.
Pertenghannya Nikmat,.
Penghujungnya Penuh Berkat.
Amin,.Amin,.Amin,.Ya,.Rabbal,.A'llamin,.

Disini Izinkan Hafiz Berbagi Sedikit rasa,.

# Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengingati malah sering mengingatkan di antara sesama sahabatnya...# 

Demikian kata-kata bijak yang sering kita dengar.... Sebaliknya, sahabat yang baik akan sentiasa terbuka dan berlapang dada untuk menerima nasihat dari sahabatnya..... Dengan yang demikian akan terjalinlah hubungan baik yang harmoni...

Memang tidak semudahnya untuk memberikan nasihat yang baik,. yang mana dapat diterima dengan baik.... Begitu juga,.. Tidak semudahnya menerima sebuah nasihat yang pahit. Walau kita menyedari ada kebaikan disebaliknya....

Apakah erti semuanya ini ?,. Yang jelasnya ini adalah kepastian,.. Tanda kasih sayang dan cinta antara sesama sahabat,..Lantaran sesama insan....

Jadikanlah nasihat yang diberikan oleh sahabat baik. Sebagai nasihat untuk mengingatkan..... Sebagai bahan renungan atau refleksi diri,..Ibarat kuncikata pembuka minda.... 

Rasanya tiada salahnya andai Hafiz kongsikan disini,.

Semua orang ada ceritanya dan cara hidupnya tersendiri,.
Semua orang ada matlamatnya yang tersendiri,.
Semua orang perlukan kebebasannya yang tersendiri,.

Ketahuilah bahawa,..
Hidup adalah perjuangan, dengan adanya perjuangan baru dapat hasil berlebihan. Dengan adanya yang berlebihan barulah kita dapat berbuat lebih banyak kelebihan,..Dan dintara yang banyak barulah dapat di kongsikan bersama.

Kenapa aku,.kau,.dan mereka semua ada di sini...? Itu tandanya kita semua mendapat kesempatan untuk mengabdi.... Mari kita mulai membenah dan menilai diri.....

Mengikat hubungan baik di sana-sini.... Berbuat jasa pahala dengan hati nurani.... Menanam budi dengan kearifan yang tinggi.... Berbuat adil dan damai di sini...

Kerana orang yang baik selalunya melihat kesalahan dirinya sendiri bukannya melihat kesalahan orang lain. Oleh itu,. Janganlah kita selalu menginginkan semua pekara berlaku sepertimana yang kita kehendaki....Malah sabar itu pasti..Untuk sebuah hubungan yang baik.

Hadapilah segala yang terjadi dengan ketetapan hati, semoga perasaan kita akan sentiasa tenang dan tentram...Insyaallah,..

Apabila kita melihat orang yang berjiwa besar pertimbangkanlah untuk menjadi seperti dia.... Sebaliknya,.Seandainya kita tergolong dari orang yang bejiwa kecil,...Maka lihat dan cerminlah diri kita sendiri...Demi sebuah kesempurnaan yang di hajati.

Jika kita tergolong di antara yang terbaik dan teratas di antara kesemuanya,.
Maka dalam masa yang sama juga kita kena sedar dan sentiasa ingat,.
Bahawa kita masih berjejak di bumi yang sama,.dibawah satu langit yang sama,.
Harus di sedari bahawa roda hidup masih lagi berputar dan sentiasa akan berputar.

Hari ini hari kita,.Esok hari kita,.lusa pun hari kita,.
Adakah kita tahu bahawa esok dan hari-hari yang seterusnya adalah hari yang baik untuk kita atau sebaliknya??,.Fikir-fikirkanlah,.

Mencari bahagia itu hanyalah akan menghabiskan masa dan usia sahaja,.. Kerana,.. kebahagiaan itu sebenarnya sudah berada di sekeliling kita yang selama ini mungkin tanpa kita ketahui dan sedari... Sedarlah... Nikmati hidup ini dengan cara yang di redhoi Allah SWT dan tingkatkanlah kualiti diri dari masa kesemasa..!!

Dengan harapan semoga antara sesama kita semua,..Saling,.. Tegur menegur,..Bimbing membimbing,..Dokong mendokong,..demi mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan bersama,..

Dengan ini Hafiz Berharap agar sentiasa di beri kemaafan andainya terdapat kesilapan dalam penulisan tertulis,.juga,.antara kata-kata yang terucap,..Adalah terlalu jauh dari niat untuk menyakiti hati dan sebaliknya,.

Sekadar perkongsian untuk renungan bersama.
Salam Sejahtera ,

Dari ;
Mohammad Hafiz Abdul @ M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan