Ahad, 21 Julai 2013

PERJALANAN HIDUP KU

Hidup adalah satu perjalanan , 
Semua orang ada ceritanya tersendiri .
Cuma bezanya , masa , ketika , detik , saat ,
Waktu dan keadaan juga adalah landasan perubahan hidupku .
Begitu juga imbasan perjalanan hidupku yang lalu ,
Yang sering seiringan dengan segala dugaan , 
Dalam menjalani sebuah kehidupan .

Setiap perjalanan ada permulanya , 
yang sering membuat aku tertanya-tanya .
Apakah rahsia di sebalik sebuah kehidupan yang aku lalui .
Perlukah orang lain dan juga keadaan yang akan di persalahkan ,
Atau , hanya aku sendiri penentu perjalanan hidupku ?

Sememangnya ramai orang berkata tentang , 
Pengalaman akan mendewasakan ,
Ya , sememangnya terlalu mudah untuk berkata-kata ,
Tentang segala cerita dan ranjau disebaliknya .

Tapi , persoalannya ,
Adakah aku sudah cukup dewasa untuk melalui perjalanan hidup ini ?
Atau , perlukah ada insan lain di celah rencana yang ku rancang ?
Sesungguhnya aku sedar ,
Beberapa persoalan yang sedia terjawab , 
Dengan beberapa rasa bersama pegalaman di sepanjang perjalanan .

Aku tahu ,Pekara yang terlalu jauh untuk ku .
Mungkin tak tergapai , dan takan sampai walaupun dengan apa jua kenderaan .
Aku takkan mampu kembali ke masa lalu ku untuk ubah apa-apa .
Itulah masalalu ku , Yang teramat jauh untuk di jalani ,
Tapi hanya sedetik untuk merubah penampilan diri bersamanya.
Terlalu mudah untuk ku terjerat melayarinya .
Suka , Duka , Sedih , Gembira , Tawa , Tangis ,
Berbagai rasa yang ada , Sebagai teman dalam perjalanan.
Perlukah aku tinggal kan mu wahai masalulu ku ?
Mampukah aku lupuskan mu dari ingatan ku ?
Sebuah pekara yang telah sebati dengan diri .

Aku juga tahu , apakah yang paling hampir bagi ku.
Bukan sahaja aku , tapi semua kehidupan terlalu hampir ,
Dan terlalu dekat padanya,.Hanya sedetik dan selangkah .
Perlukah aku katakan , 
Bahawa ianya sentiasa menantiku dan seluruh kehidupan.
Perlukah aku takut padanya ?
Perlukah ada penafian tentang nya ?
Itulah masa depanku ,
Yang memerlukan corak dan rentak untuk menjalaninya .
Pelbagai warna dan hiasan di perlukan , 
Untuk menrorak dan menghiasinya .
Bermacam pilihan,. Berbagai gerak,.Melangkah untuknya .
Hanya selangkah untuku menuju masadepan .

Perlukah aku tinggalkan masalalu ku untuk kecapi masa depan ?
Perlukah aku katakan bahawa ,
Saat ini adalah sempadan masalalu dan masadepan ku ?
Sedangkan,.Wujudnya masa depan berlandaskan pengalaman sebuah perjalanan masa lalu.

Disinilah kesedaran ku , 
Bahawa masa depan ku juga ada satu pekara yang pasti sedang menanti.
Iaitu sebuah kematian . Yang sememangnya dah tertulis dan di susun atur ,
Dan aku adalah watak untuk perjalanan sebuah kehidupan.
Aku terima pepatah mengatakan bahawa hidup harus di teruskan.
Tapi persoalannya dimana ?

Aku juga sedar bahawa ,
Tak ada hak bagiku,Untuk mempersalahkan takdir dalam hidupku.
Sebab allah takan ubah nasib ku , 
Seandainya aku tidak berusaha untuk mengubah diri ku sendiri .
Apatah lagi insan sekelilingku,yang juga pelakon sepertiku .

Sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk di persiakan ,
Dan perjalanan hidupku takan berhenti di sini ,
Selagi bernafas dan selagi adanya detik ,
Segala kisah akan ku syukuri .

Berapa lama lagikah,.masa yang ada untuk ku ?
Sempatkah aku laksanakan perancangan hidupku ?

Ya , Allah , Ya , Tuhanku ,
Sesungguhnya aku terlalu sayang dan cinta padamu , 
Berilah petunjuk , Dan lindungilah aku dalam setiap langkah ku , 
Dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan ujianmu ini ,
Agar aku tidak terpesong dan sesat dari kehendak dan tuntutan mu ,
Amin , Ya Rabbal A'llamin .

Walau bertapa sukar dan penuh kepayahan ,
Hidup Harus di bentuk dan harus di teruskan ,
Kerana ianya juga adalah satu tanggungjawab yang harus di laksanakan

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan